Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 5, 2011

Hadiah Khairul Fahmi belum diperincikan (Utusan Malaysia Online)

KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan belum memperincikan bentuk dan harga rumah yang bakal dihadiahkan kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood ketika di hubungi Utusan Malaysia memaklumkan, perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan.

"Kita akan berjumpa dengan keluarga Khairul Fahmi untuk membuat perbincangan lanjut mengenai perkara ini.

"Saya enggan mengulas lanjut dan kita akan membuat pengumuman tersebut sebaik sahaja semuanya selesai," katanya di sini, semalam.

Utusan Malaysia melaporkan Khairul Fahmi menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan pemberian hadiah sebuah rumah di atas kecemerlangan beliau membantu Malaysia muncul juara Piala Suzuki AFF 2010, mengalahkan Indonesia dalam perlawanan akhir timbal balas, minggu lalu.

Pemberian hadiah itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang bangga di atas kecemerlangan Khairul Fahmi pada kejohanan tersebut.

Menurut Nik Abdul Aziz, sebagai mengenang budi dan menghargai jasanya yang berbakti melalui bola sepak, kerajaan negeri menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena