Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 5, 2011

Hadiah Khairul buat ibu bapa (Harian Metro Online)

“SAYA akan hadiahkan ganjaran rumah diberikan kerajaan negeri kepada kedua ibu bapa saya,” kata Khairul Fahmi Che Mat, 21, penjaga gol kebangsaan yang menerima ganjaran itu atas kecemerlangannya pada kejohanan Piala AFF.

Katanya, rumah itu adalah untuk kedua ibu bapanya, Che Mat Husin, 58, dan Bidah Ibrahim, 52, yang banyak berkorban demi kejayaannya dalam sukan bola sepak.

“Saya sedar begitu besar dorongan mereka termasuk jasa membesarkan serta mendidik saya daripada kecil.

“Sebagai balasan seorang anak kepada kedua ibu bapa yang sering mendoakan kejayaan saya, ganjaran rumah ini dihadiahkan kepada mereka,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, Kelantan, semalam.

Akhbar kelmarin melaporkan penjaga gol negara itu menerima imbuhan sebuah rumah daripada kerajaan negeri yang diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Sambutan Kepulangan Wira Negara menyambut kepulangan Khirul Fahmi ke kampung halaman selepas berjaya memenangi Piala AFF dengan menumpaskan Indonesia.

Mengenai sambutan kepulangannya kelmarin, Khairul Fahmi berkata dia begitu terkejut dan tidak menyangka bakal mendapat sambutan begitu meriah.

“Dalam perjalanan pulang, saya menerima panggilan telefon daripada seorang rakan yang menyuruh saya menunggunya di Machang sebelum dikejutkan dengan kehadiran rombongan untuk menyambut kepulangan saya.

“Setibanya saya di kampung, saya terkejut melihat ribuan peminat bola sepak sedang menunggu kepulangan saya termasuk Menteri Besar sendiri,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...