Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 20, 2011

Gergasi Merah pasti digeruni (Sinar Harian Online)




SELANGOR bakal mengharungi saingan Liga Super dengan kehadiran enam pemain kebangsaan yang menjulang Piala AFF Suzuki 2010.

Mengetuai senarai, Mohd Safee Sali yang merupakan penjaring terbanyak kejohanan di samping ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim.

Pemain lain ialah Mohd Amri Yahyah, Mohd Razman Roslan, Asrarudin Putra dan Mohd Amirulhadi Zainal.

Pasukan yang digelar Gergasi Merah itu, awal-awal lagi melaungkan amaran dan yakin membolot tiga gelaran musim ini.

Keyakinan itu turut ditambah dengan kemasukan enam pemain baru seperti Saiful Amar Sudar, Yosri Derma Raju, Fadzli Saari, Depan Sakwati, Azidin Sarudin dan Srinathan Selver Raju.

Juara Liga Super dan Piala Fa 2010 itu sudah pasti menghadirkan rasa gerun pihak lawan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena