Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Felda United sedia bertempur (Sinar Harian Online)




WALAUPUN baru setahun jagung dalam kancah bola sepak tempatan, Felda United FC (FUFC) berkeyakinan tinggi merebut gelaran juara Liga Super untuk saingan musim ini.

Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, tiada yang mustahil untuk merealisasikan impian itu sekiranya pemain menunjukkan kesungguhan serta komitmen tinggi sekalipun akui saingan getir perlu ditempuhi daripada pasukan berpengalaman lain.

Namun, Ketua Jurulatihnya, E Elavarasan berkata, walaupun penyertaan itu adalah yang pertama, mereka yakin FUFC mampu memberi saingan dengan sasaran menghuni kelompok empat terbaik pada Liga Super bermula 29 Januari ini.

“Pastinya harapan merangkul juara diletakkan pihak pengurusan, secara tidak langsung menaikkan semangat dan kesungguhan pemain untuk beraksi lebih baik dan mereka faham perkara itu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jersi Baru dan Kelab Penyokong Felda United, semalam.:

FUFC yang juga dibarisi 16 muka baru termasuk penjaga gol berpengalaman dari Selangor, Mohd Hamsani Ahmad.

Selain itu, mereka turut mendapat sentuhan Penasihat Teknikal, Karel Stromsik yang pernah mengemudi beberapa negara termasuk Republik Czech, Slovakia, dan Kuwait.

“Kami pernah bekerjasama sebelum ini dan beliau memiliki pengalaman luas serta pernah bermain di Piala Dunia pada 1982,” katanya.

Felda United bakal bertandang ke Stadium J Corp Pasir Gudang untuk bertemu Johor dan dijadual bermain jam 4.45 petang, 29 Januari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...