Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, January 14, 2011

FELDA United sasar posisi 4 teratas (Berita HArian Online)

2011/01/14

SEMBILAN mata penuh daripada tiga perlawanan pertama Liga Super musim ini.

Itu sasaran pendatang baru Liga Super, FELDA United yang mahu menamatkan saingan dalam kelompok empat pasukan teratas.

“Sasaran kami ialah menduduki kelompok empat teratas baik dalam saingan Liga Super mahupun Piala Malaysia,” kata pengurus pasukan, Faizal Zakariah. “Dan dalam tempoh dua tahun lagi, kami berazam merangkul sekurang-kurangnya satu daripada dua piala berkenaan.”
Sasaran juara Liga Perdana musim lalu itu mungkin dilihat terlalu tinggi buat sebuah pasukan bertaraf kelab, tetapi pengurusan FELDA United percaya, rombakan besar-besaran ke atas pasukan itu musim ini, mampu membawa kelab berkenaan pergi lebih jauh.

“Gabungan pemain kami agak ekstrim di mana ada pemain berpengalaman luas manakala sebahagian lain tiada pengalaman beraksi dalam Liga Super,” kata Faizal. “Tetapi hasil beberapa perlawanan pemanas badan ini, kami mencapai keseimbangan.”

FELDA United mengekalkan 11 pemain musim lalu dan membawa masuk 15 muka baru dalam usaha menjelmakan impak pada penampilan pertama Liga Super musim ini, antaranya Mohd Hamsani Ahmad, Liew Kit Kong, Farderin Kadir dan Mohd Nizaruddin Yusof.

Khidmat Juzaili Samion, Muhamad Khaironnisam Sahabudin Hussain, Chow Chee Weng dan Rashid Mahmud yang membantu skuad kendalian E Elavarasan itu menjulang kejuaraan Liga Perdana 2010, dikekalkan.
Faizal bagaimanapun mengakui, impian menjadi pasukan kelab terbaik negara bukan sesuatu yang boleh dicapai dalam sekelip mata. “Ia memerlukan usaha berterusan dan kerjasama erat antara pengurusan dan pemain.

“Masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki, antaranya kepantasan dan kelancaran taktikal tetapi pengurusan percaya mereka mampu merealisasikan impian ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...