Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 26, 2011

Felda United Sasar Empat Teratas Liga Super


KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Juara Liga Perdana musim lepas, Felda United FC yang musim ini layak bermain di Liga Super berazam untuk menempatkan diri di kalangan empat pasukan teratas liga tersebut.

Jurulatihnya E Elavarasan berkata Felda United komited mahu melakar sejarah di Liga Super walaupun ia merupakan penyertaan sulung mereka.

Yang turut layak ke liga berkenaan ialah Sabah selaku naib juara Liga Perdana musim lalu.

"Saya faham dengan keadaan bermain dalam saingan Liga Super yang lebih mencabar. Namun saya sebagai jurulatih serta pihak pengurusan menaruh harapan kepada pemain untuk berada di posisi terbaik hingga tamat kempen Liga Super," kata Elavarasan kepada pemberita.

Felda United hari ini memperkenalkan jersi baru mereka.

Selain mengidam tempat terbaik Liga Super, Felda United juga komited untuk mengharungi perlawanan Piala FA dengan sasaran layak ke saingan separuh akhir.

"Jika pemain turun padang, kita mestilah mensasarkan untuk menang. Namun dalam Piala FA, perlawanan adalah kalah mati dan oleh itu apa pun boleh jadi. Namun kita akan pamerkan permainan yang terbaik," kata Elavarasan.

Mengenai keputusannya untuk melepaskan dua penjaga gol utama Felda United musim lalu iatu Rozaimie Rohim dan Nik Yus Saiddatul Sofien Yusof, beliau berkata beliau masih belum membuat keputusan mengenai penjaga gol utama Felda United musim ini.

Beliau menamakan tiga penjaga gol yang bakal mewakili pasukannya iaitu bekas penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad, penjaga gol KL Plus FC, Muhammad Faizal Abdul Abdul Rashid di samping mengekalkan A Zainal Rabin.

"Saya telah mengenal pasti kesebelasan utama pasukan, namun ketiga-tiga penjaga gol ini penting buat saya," kata Elavarasan.



-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...