Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

Felda United cari rentak (Harian Metro Online)

PENDATANG baru Liga Super, Felda United masih mencari keserasian dan kombinasi terbaik menjelang perlawanan pertama musim ini menentang Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang pada Sabtu ini.

Ketua jurulatih, E Elavarasan berkata, tempoh sebulan untuk mengadunkan pemain baru dan lama dalam sesebuah pasukan adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan.

“Kami mengambil 16 pemain baru musim ini untuk menguatkan pasukan, selebihnya adalah pemain yang dikekalkan dari musim lalu. Saya perlukan masa untuk mendapatkan kesebelasan terbaik,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran jersi dan kelab penyokong Felda United, semalam.

Antara pemain baru yang menyarung jersi kelab itu adalah Mohd Hamsani Ahmad, Liew Kit Kong, Farderin Kadir, Mohd Nizaruddin Yusof, K Rajan, Azi Shahril Azmi, Mohd Lot Abu Hassan dan Mohd Syazwan Zainon selain kehadiran pengarah teknikal dari Republik Czech, Karel Stromsik untuk memantapkan perancangan pasukan.

“Seperti pasukan lain, saya juga harapkan kemenangan pada perlawanan pembukaan menentang skuad bimbingan jurulatih Azuan Zain itu bagi memberikan keyakinan moral pemain dan seterusnya membantu kami mencapai sasaran menjadi empat pasukan terbaik,” katanya.

Terdahulu berlangsung pelancaran skuad itu disempurnakan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang mahu kejayaan terus dicipta selepas menjulang kejuaraan Liga Perdana pada tahun lalu.

“Pada saya, tahap semua pasukan yang bersaing tidak banyak perbezaan, yang penting adalah komitmen pemain.

“Saya juga berharap Felda United melahirkan pemain yang beraksi dalam skuad kebangsaan pada masa depan kerana usaha melahirkan pemain yang dapat menyarung jersi kebangsaan sepatutnya menjadi keutamaan setiap pasukan yang beraksi di Liga Malaysia,” kata Isa.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...