Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 5, 2011

Farizal jadi pilihan kawal gawang Jang (Harian Metro Online)

MOHD Farizal Marlias hampir pasti menjadi pilihan selaku penjaga gol utama Negeri Sembilan berbanding Farizal Harun selepas mengekalkan persembahan mantap sepanjang latihan dan perlawanan persahabatan diadakan pada pertengahan November lalu.

Ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, berkata setakat ini pemain kebangsaan itu berjaya menunjukkan aksi meyakinkan dan pasti diberi tugas utama mengawal gawang pasukan sebaik saingan Liga Super bermula, 29 Januari ini.

“Selepas diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan, prestasi Mohd Farizal menunjukkan kemajuan memberangsangkan dan saya harap dia dapat kekalkan prestasinya apabila saingan liga bermula,” katanya.

Sebelum ini sejak 2008, Farizal adalah penjaga gol utama tapi mulai suku pertama tahun lalu, posisi itu diambilalih Sani Anuar Kamsani selepas dia mengalami kecederaan serius. Tapi selepas Sani berhijrah ke pasukan MP Muar, Negeri Sembilan mendapatkan Mohd Farizal.

Wan Jamak mengakui berpuas hati terhadap komitmen ditunjukkan Mohd Farizal dan yakini pemain berusia 24 tahun kelahiran Pahang itu beraksi cemerlang.

Menurutnya, pemain itu tidak boleh terlalu cepat berpuas hati kerana ujian sebenar nanti adalah pada saingan liga, namun kemajuan ditunjukkan pemain setakat ini memberi impak positif kepada matlamat yang diingin dicapai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...