Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, January 27, 2011

FAM tambah geran (Harian Metro Online)

PASUKAN yang bertanding dalam Liga M 2011 tidak perlu merungut kerana kantung kosong kerana Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka menambah jumlah geran tahunan serta menawarkan beberapa pakej menarik sebagai sumber kewangan baru setiap pasukan.

Semua ini hasil penajaan lumayan RM220 juta oleh Astro Media bagi tempoh empat tahun merangkumi hak penyiaran bernilai RM30 juta setiap tahun mulai 2011 dan tambahan RM100 juta bagi kegiatan promosi oleh stesen satelit berbayar itu yang termetrai sebelum ini.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa (gambar), secara prinsipnya persetujuan menambah jumlah geran tahunan itu sudah dicapai namun perlu mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan yang dipengerusikan Presiden, Sultan Ahmad Shah bulan depan.

“Berdasarkan cadangan dikemukakan, geran tahunan pasukan bertambah daripada tahun lalu tapi perkara ini perlu dibincangkan dan mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan FAM terlebih dulu,” katanya selepas melancarkan logo baru MSL 2011di Wisma FAM, semalam.

Bagaimanapun, Annuar enggan mendedahkan jumlah baru geran tahunan itu. Pada musim sebelum ini, setiap pasukan Liga Super menerima RM250,000, Liga Perdana (RM150,000) sementara RM100,000 bagi ahli bersekutu seperti ATM dan PDRM bagi tempoh setahun.

Jumlah geran tahunan itu diberikan berdasarkan kemampuan FAM sebelum ini yang dilapor hanya mendapat tajaan Telekom Malaysia RM8.5 juta untuk tempoh setahun sejak 2002 manakala Dunhill yang menjadi penaja utama bermula pada 1989 memberikan kira-kira RM33 juta untuk badan induk bola sepak negara itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...