Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 26, 2011

FAM Lantik Stuart Sebagai CEO Liga Super Malaysia


PETALING JAYA, 26 Jan (Bernama) -- Liga Super Malaysia (MSL), cabang komersial Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), telah melantik Konsultan (FIFA) Profesionalisasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Stuart Ramalingam sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO).

Timbalan presiden FAM Tan Sri Annuar Musa berkata Stuart akan bertanggungjawab dengan usaha penyusunan semula dan komersialisasi produk bola sepak Persatuan Anggota (MA).

"Stuart, yang bermula dengan jawatannya sebagai CEO November lepas, siap sedia menerajui inisiatif baru yang termasuk membangun dan menyusun semula Liga Profesional dan Kelab serta melancar dan meneruskan inisiatif bola sepak peringkat akar umbi FIFA MA," kata Annuar selepas melancarkan logo baru MSL 2011 di Wisma FAM di sini Rabu.

Stuart telah bertugas dengan FIFA sejak 2008 dan merupakan pengasas Intergrated Marketing and Communications Agency, Kumpulan Brainchild.

Sementara itu, logo baru MSL diperkenalkan kepada semua wakil pasukan yang menyertai Liga 2011 dan media.

Semasa pelancaran, pasukan-pasukan itu diberi taklimat mengenai hak iklan dan aktiviti rakan media MSL, ASTRO, yang telah mengikrarkan RM120 juta kepada FAM dalam tempoh empat tahun akan datang.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...