Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 24, 2011

FAM benar stadium diguna malam (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Fitrie Muhamad dan Azizan Hashim

2011/01/24

Babitkan pertemuan Kelantan -Terengganu, Perak mahu JKPT periksa segera

JUARA Piala Malaysia, Kelantan akan diberi kebenaran mengendalikan perlawanan waktu malam apabila menentang pasukan tetangga, Terengganu dalam saingan Liga Super pada 1 Februari ini.

Ini kerana pihak Stadium Sultan Muhammed Ke-IV sedang menyiapkan kerja pengubahsuaian lampu limpah dan padang mengikut syarat piawaian ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, FAM bersetuju memberi kelonggaran supaya pihak Perbadanan Stadium Kelantan menyiapkan kerja pemasangan lampu limpah dan padang sebelum akhir bulan ini.

“Kita menjangkakan stadium itu dapat digunakan sebagai gelanggang permainan sebelah malam, apabila kerja menaik taraf lampu limpah dan padang permainan sebelum musim pertama Liga Malaysia bermula 1 Februari depan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman di antara KAFA dengan DiGi sebagai penaja utama kejohanan bola sepak musim ini.

Pada majlis itu, Setiausaha Agung KAFA Mohd Nordin Awang mewakili KAFA, manakala Pengurus Besar Happy Wilayah Timur Roslan Rosli bagi pihak DiGi.

Sementara itu, Perak meminta Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM melakukan pemeriksaan segera terhadap lampu limpah di Stadium Perak yang sudah ditingkatkan pencahayaannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata kerja meningkatkan cahaya lampu sudah siap dilakukan dan sehubungan itu wajar bagi JKPT segera membuat pemeriksaan bagi meluluskan penggunaannya pada sebelah malam dalam kempen Liga Malaysia 2011 bermula Sabtu ini.

Stadium Perak bersama lima gelanggang Liga Super lain iaitu Sabah, Johor FC, Kelantan, Terengganu serta T-Team dan lapan pasukan Liga Perdana diarahkan bermain pada sebelah petang gara-gara lampu limpah masing-masing tidak menepati piawaian.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...