Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 17, 2011

'Drogba sudah temui sentuhan' (Berita Harian Online)

2011/01/17

LONDON: Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menaruh keyakinan penuh kepada penyerang, Didier Drogba dengan menyifatkan bintang Ivory Coast itu semakin hampir menemui sentuhan berbisa di depan gol.

Drogba adalah antara pemain Chelsea yang kedudukannya dalam kesebelasan utama dikatakan terancam, tetapi Ancelotti menegaskan pemain itu kini hampir menemui prestasi terbaiknya selepas pulih daripada demam malaria pada beberapa minggu di awal musim.

“Didier kini semakin hampir ke prestasi terbaiknya. Dia beraksi dengan baik buat pasukannya” kata Ancelotti selepas kemenangan 2-0 ke atas Blackburn, Sabtu lalu di Stamford Bridge.
“Dia tidak menjaringkan gol tetapi bermain dengan baik pada babak kedua. Dia turun membantu pemain tengah. Dia tidak mementingkan diri sendiri tetapi membantu rakan sepasukannya.

“Didier bukan pemain yang pantas, tetapi pemain yang bagus kerana memiliki tenaga, kekuatan, keupayaan dan skil. Tahun lalu, dia menjaringkan 40 gol dan mungkin dia tidak memiliki banyak peluang ketika ini tetapi itu adalah kehidupan seorang penyerang.”

Ancelotti percaya kunjungan penting Chelsea ke Bolton Wanderers akan menentukan sama ada the Blues sudah bangkit daripada prestasi buruk pertengahan musim.

Selepas kemenangan 7-0 pada Piala FA ke atas Ipswich, pasukan bimbingan Ancelotti itu meneruskannya dengan meraih tiga mata ke atas Blackburn. Ia adalah kejayaan kedua Chelsea dalam 10 perlawanan liga. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...