Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 11, 2011

Dollah resah, 2F cedera (Metro)

PERSIAPAN Pahang sedikit terjejas apabila dua penyerang, Fazli Baharuddin dan Faizul Hussain cedera menjelang saingan Liga Malaysia bermula 29 Januari ini.

Jurulatih, Dollah Salleh berkata, kecederaan itu menjejaskan persiapan skuadnya ketika prestasi semasa dalam lima aksi persahabatan memberi perkhabaran positif.

Menurutnya, dua pemain itu sudah dua minggu tidak berlatih bersama dan mereka diharap kembali menjalani latihan dalam tempoh terdekat.

“Namun, saya puas hati dengan komitmen semua pemain yang menunjukkan peningkatan sepanjang latihan terutama pada lima aksi persahabatan. Ketiadaan dua pemain ini memang dirasai tapi kami masih mempunyai barisan penyerang yang mampu membolosi gawang lawan iaitu Mohd Azamuddin Akil dan R Surendran,” katanya.

Pada aksi lima persahabatan, Pahang mencatat empat kemenangan dan sekali seri. ketika menewaskan Tentera 4-1, diikuti Polis (3-0), Pos Malaysia (2-1), T Team (3-2) dan tewas 1-2 (Selangor).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...