Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 24, 2011

Devan laung amaran (Harian Metro Online)


KETUA jurulatih Selangor, K Devan menyuarakan amaran awal menjelang perlawanan merebut Piala Sultan Ahmad Shah menentang Kelantan apabila menyifatkan pasukannya pada musim 2011 yang terbaik sejak mula mengemudi skuad Merah Kuning itu pada Oktober 2008.

Keyakinan Devan yang juga pengurus pasukan pastinya hadir selepas menjalani latihan persediaan di Australia serta beberapa perlawanan persahabatan termasuk kehadiran beberapa pemain baru seperti Mohd Fadzli Saari (gambar), Azidan Sarudin dan Saiful Amar Sudar untuk menguatkan pasukan.

“Pemain kini berada di tahap terbaik daripada segi mental dan fizikal untuk berdepan dengan Kelantan, Sabtu ini. Latihan kini memasuki fasa terakhir dan saya cuba mengenalpasti kesebelasan terbaik bagi membawa kejayaan kepada Selangor musim ini,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Devan menambah beliau tidak mahu pemain tertekan untuk mempertahankan piala itu yang berlangsung di Stadium Shah Alam sebaliknya mahu mereka memberi fokus untuk mempamerkan aksi terbaik.

Beliau juga boleh menarik nafas lega apabila hampir keseluruhan pemainnya cergas termasuk faktor keletihan beberapa tonggak yang beraksi di Piala Suzuki AFF penghujung tahun lalu serta pemain yang mengalami kecederaan. “Hanya Mohd Bunyamin Omar yang masih menjalani pemulihan. Dia mungkin terlepas peringkat awal saingan Liga Super,” katanya.

Memenangi piala itu salah satu sasaran yang diumum Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini selain mempertahankan kejuaraan Liga Super dan merampas semula Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi pada 2005.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena