Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 11, 2011

Dalglish tetap komited (Metro)

MANCHESTER: Pengurus baru Liverpool, Kenny Dalglish menyifatkan kritikan segelintir pihak yang mempertikaikan kewarasannya kembali menduduki kerusi panas di Anfield tidak wajar kerana beliau tidak perlu berfikir dua kali untuk membuat keputusan itu.

Perlawanan pertama kendalian Dalglish selepas sehari mengambil alih tugas Roy Hodgson berakhir dengan kekalahan 0-1 pada pusingan ketiga Piala FA kepada musuh tradisi Manchester United di Old Trafford dengan kapten Liverpool, Steven Gerrard dibuang padang.


Dalglish yang dianggap legenda Liverpool adalah pengurus Reds terakhir membawa kelab Merseyside itu merangkul kejuaraan Liga Inggeris pada 1990.

Namun, bekas penyerang Scotland itu yang pernah membimbing Blackburn Rovers dan Newcastle meninggalkan Anfield setahun selepas itu berikutan tekanan emosi akibat insiden Hillsborough 1989.


Dalglish yang turut dikenang kerana kehebatannya sebagai bintang di kejohanan utama menerima sambutan wira oleh 9,000 penyokong Liverpool di Old Trafford namun beliau menegaskan perlu melaksanakan tugasnya dengan baik.


“Saya perlu berdepan dengan tekanan sama seperti dihadapi orang lain. Anda perlu melakukan tugas sebaik mungkin dan apa yang berlaku selepas itu tetap berlaku.

“Bagaimana anda boleh mengetahui apakah yang boleh dilakukan jika tidak mencuba? Saya akan memberikan yang terbaik untuk meletakkan kelab ini di kedudukan lebih baik.


“Sama ada ia memuaskan hati semua pihak, saya tidak tahu kerana tidak boleh melihat masa depan. Apa yang saya boleh janjikan adalah melakukan perkara sama ketika bersama kelab ini pada 1977 apabila mereka mendapat 100 peratus komitmen dan itu yang akan saya lakukan sekali lagi,” katanya.

Dalglish berkata, beliau sedang belayar ke Bahrain ketika pemilik Liverpool John W Henry menghubunginya dan memintanya mengambil alih tugas selaku pengurus di kelab itu.


“Saya tidak fikir dua kali. Saya berada di atas kapal, sedang bergembira dan kemudian menerima panggilan telefon daripada John Henry. “Beliau memberitahu sudah berbincang dengan Hodgson dan mahu saya mengendalikan pasukan hingga tamat musim ini. Ia kelab yang sangat bermakna untuk saya.” - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...