Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 10, 2011

Dalglish perit (Harian Metro Online)

Ryan Giggs


LONDON: Permulaan malang buat pengurus Liverpool yang baru, Kenny Daglish apabila pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA pusingan ketiga selepas tewas kepada Manchester United (MU) di Old Trafford, malam tadi.

Jaringan pemain veteran, Ryan Giggs menerusi sepakan penalti seawal minit kedua perlawanan sudah cukup untuk memberikan kemenangan kepada skuad The Red Devils itu mencatat kemenangan 1-0 sekali gus membawa mereka ke pusingan keempat.

Pengadil perlawanan, Howard Webb menghadiahkan sepakan penalti itu selepas Dimitar Berbatov dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Liverpool, Daniel Agger.

Liverpool cuba membalas melalui rembatan kencang pemain dari Argentina, Maxi Rodriguez pada minit ke-18 namun dinafikan penjaga gol lawan, Tomasz Kuszczak. Keadaan bertambah sukar untuk pelawat menyamakan kedudukan apabila kapten Liverpool, Steven Gerrard dilayangkan kad merah pada minit ke-31 selepas kekasaran ke atas Michael Carrick yang berpunca daripada perebutan bola di tengah padang.

Ketiadaan Gerrard menyebabkan Liverpool semakin kehilangan arah dengan MU terus menguasai perlawanan dan melancarkan serangan bertali arus ke gawang Liverpool yang dikawal rapi, Pepe Reina.

Kecekapan penjaga gol dari Sepanyol itu terus menghampakan kelab bimbingan Sir Alex Ferguson untuk mebambah jaringan apabila berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...