Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, January 3, 2011

City tak putus asa buru Kaka (Kosmo Online)


KAKA semakin cergas selepas menjalani pembedahan lutut kiri pada Ogos lalu.


LONDON - Manchester City tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Brazil, Kaka.

Terbaru, kelab Liga Perdana England itu mendedahkan bahawa mereka bersedia untuk membuat tawa- ran baru kepada Kaka sekiranya dia gagal mempamerkan aksi terbaik di Real Madrid.

Kaka, 28, semakin cergas selepas menjalani pembedahan lutut kiri pada Ogos lalu.

Ketiadaan Kaka memaksa pengurus Real, Jose Mourinho membawa masuk pemain muda Jerman, Mesut Ozil dari Werder Bremen dan bintang Piala Dunia itu berjaya melakukan impak.

Begitupun satu sumber di Sepanyol mendakwa, City telah bersedia untuk membuat tawaran sekiranya dia berminat untuk meninggalkan Real pada musim panas ini.

Real membeli Kaka dengan harga £56 juta (RM270 juta) kira-kira 18 bulan lalu.

Begitupun, enam bulan sebelum dia menandatangani kontrak bersama Real, City dilaporkan sudah mengemukakan tawaran tetapi ia telah ditolak.

Kini, City masih mencari seorang pemain berstatus bintang dan pemilik kelab, Sheikh Mansour serta pengerusi, Khaldoon Al-Mubarak memberi 'lampu hijau' kepada pengurus Roberto Mancini.

Dalam pada itu, pengurus Chelsea dilaporkan turut berminat untuk mendapatkan Kaka yang juga bekas pemainnya itu di AC Milan untuk sekali lagi bekerja sama.

Bagaimanapun, pembelian Kaka belum lagi menda- pat persetujuan pemilik kelab, Roman Abramovich kerana ia membabitkan kos yang tinggi. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...