Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, January 5, 2011

Bukan mudah untuk tewaskan Kelantan (Sinar Harian Online)




PASUKAN bola sepak Kelantan tidak gentar memulakan aksi musim ini malah berjanji menghadirkan saingan sengit menjelang sepak mula Liga Super 2011.

Skuad The Red Warriors kendalian B Sathianathan yakin mampu menggoyahkan benteng pertahanan pihak lawan meskipun terdapat empat pemainnya yang mengalami kecederaan dalam pasukan.

Menurut Sathia, meskipun empat anak buahnya kini mengalami kecederaan ia tidak memberikan kesan yang teruk atau melumpuhkan pasukan yang pernah menjuarai Piala Malaysia tahun lalu itu.

“Kami yakin mampu memberikan saingan sengit buat pasukan lawan walaupun terdapat empat anak buah saya yang tercedera sekarang ini, namun ia tidak boleh dijadikan alasan.

“Cuma yang membimbangkan adalah keadaan stadium tempat kami menjalani latihan mengalami sedikit kerosakan, jadi kami terpaksa berlatih di kawasan utara tanah air buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian,semalam.

Sementara itu, Sathia turut mengulas mengenai harapan terhadap pasukannya yang bakal menentang T’Team menjelang sepak mula Piala FA 2011 bulan depan.

“Saya harap pasukan saya dapat beraksi dengan baik menentang T’Team kerana saya tidak nafikan pasukan tersebut mempunyai pemain-pemain handalan.

“Tetapi kami tidak akan memberi laluan mudah buat mereka nanti memandangkan empat anak buah saya juga pasti sudah sembuh dari kecederaan nanti,” katanya.

Sathia berkata, beliau tetap menghormati T’Team kerana tidak menyangkal kekuatan yang dimiliki pasukan kelolaan Yunus Alif itu tetapi tidak mahu menjadi begitu lembut sehingga melepaskan kemenangan kepada mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena