Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, January 23, 2011

Bola Sepak: Kedah Bersedia Harungi Cabaran Baru Liga Super

ALOR SETAR, 23 Jan (Bernama) -- Tanpa sebarang kejuaraan pada musim lepas, Kedah lebih berazam untuk merangkul sekurang-kurangnya satu piala pada kejohanan bola sepak Piala Malaysia musim 2011 yang bermula Sabtu ini.

Ketua jurulatih, Ahmad Yusof yakin beliau sudah menyediakan ramuan terbaik bagi pemain mengharungi musim 2011 yang akan diuji menjelang pertemuan dengan T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman Sabtu ini.

"Dengan barisan pemain sekarang, saya yakin percaturan strategi kali ini adalah yang terbaik selain persiapan mental, kecergasan dan daya saing pemain," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya beliau langsung tidak bimbang dengan T-Tem yang dibarisi nama-nama hebat seperti Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Mohamed dan Azizi Matt Rose yang merupakan tonggak kemenangan Kelantan menjuarai Piala Malaysia musim lepas.

"Saya percaya dan yakin kemampuan pemain Kedah setanding dengan lawan mereka. Segalanya berbeza musim ini," kata Ahmad bekas pemain tengah negara lewat tahun 1980 dan 1990-an.

Ahmad berkata walaupun tiga pemain utama, Mohamad Fazliata Taib, Mohamad Shakir Ali dan Mohd Azlan Ismail mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan, namun ia dijangka tidak menjejaskan kekuatan Kedah.

"Kemenangan pada Sabtu ini terutama bermain di hadapan penyokong sendiri amat penting buat kami dan kami tidak sama sekali boleh tewas," katanya.

Ahmad berkata pemain berpengalaman seperti Mohd Sabre Mat Abu, Khairul Helmi Johari, Faizal Abu Bakar, Khyril Muhymeen Zamri dan Amar Rohidan menjadi taruhannya untuk merangkul sekurang-kurangnnya satu kejuaraan musim ini.

"Mereka adalah pemain yang membantu pasukan kebangsaan merangkul Piala Suzuki AFF tahun lepas. Harapan sekarang di bahu mereka untuk membawa perubahan kepada pasukan Kedah yang pernah merangkul tiga kejuaraan dua musim berturut-turut pada musim 2007 dan 2008," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena