Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 22, 2011

Barca teraju takhta (Harian Metro Online)

MADRID: Selepas mengumpul 52 mata pada saingan Liga Sepanyol pada pertengahan musim ini, juara bertahan, Barcelona menjadi peneraju meraih kejuaraan kali ketiga berturut-turut dengan kelebihan empat mata berbanding seteru utama, Real Madrid.

Barcelona meraih 13 kemenangan berturut-turut, kali terakhir tewas pada pertengahan September tahun lalu dan ingin meneruskan rentak meraih tiga mata penuh apabila menanti kunjungan Racing Santander, hari ini.

“Mungkin kelebihan empat mata petanda yang bagus tetapi semangat tinggi ditunjukkan Real Madrid, kelebihan itu sebenarnya tidak bermakna,” kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.

Guardiola yang meraikan hari jadi ke-40 Selasa ini menyaksikan anak buahnya rebah selepas 28 perlawanan tanpa kalah di beberapa kejohanan apabila tewas 1-3 kepada Real Betis pada perlawanan suku akhir kedua Piala Raja Sepanyol.

Bagaimanapun, kemenangan 5-0 Barcelona pada perlawanan pertama membantu mereka melangkah ke separuh akhir kejohanan itu.

“Kekalahan ini memberi pengajaran kepada kami. Kami tidak mempamerkan aksi buruk sebaliknya pihak lawan terlebih dulu menjaringkan dua gol awal,” kata pemain pertahanan, Adriano.

Barcelona bertemu Racing Santander dan turun tanpa khidmat Dani Alves yang mengalami kecederaan betis dan Adriano mungkin menggantikan tempatnya.

Real yang menduduki tempat kedua liga, tidak boleh mencicirkan mata lagi jika mahu terus memberi saingan kepada Barcelona selain berharap mempertahankan rekod cemerlang di tempat sendiri dengan menewaskan Real Mallorca, Ahad ini.

Real yang menewaskan Atletico Madrid pada perlawanan kedua suku akhir Piala Raja Sepanyol, kelmarin, tercicir dua mata berharga selepas seri 1-1 dengan Almeria, minggu lalu dan bintang Portugal, Cristiano Ronaldo meletakkan sasaran untuk memenangi baki 19 perlawanan liga. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...