Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 29, 2011

Balas kepercayaan peminat (Sinar Harian Online)

KOTA BHARU – “Bermain seperti biasa dan balas kepercayaan peminat.” Begitulah pesanan Ketua Pasukan Kelantan, Muhd Badhri Radzi kepada rakan-rakan sepasukannya, menjelang sepak mula perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah membabitkan pertemuan Selangor menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini.

Muhd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya, diberi kepercayaan memakai lilitan di lengan sebagai kapten baru Kelantan, menggantikan Indra Putra Mahayuddin yang berhijrah ke pasukan T-Team musim ini.

“Saya minta semua pemain bertenang dan kita akan turun bermain seperti biasa menentang Selangor. Sekalipun tanpa B Sathianathan (digantung enam bulan), kita tetap akan menunjukkan satu persembahan yang terbaik lebih-lebih lagi di hadapan penyokong setia Kelantan malam ini.

“Saya percaya, sekali tanpa beberapa tonggak yang berhijrah, pasukan Kelantan yang baru pada hari ini, tidak ada bezanya dengan musim lalu.

“Kita ada Nurul (Mohd Nurul Azwan Roya), Solehin (Solehin Kanasian Abdullah) Norshahrul (Idlan Talaha) yang tidak kurang hebatnya, bahkan barisan pemain kita tidak boleh dikatakan tempang sebagaimana diragui peminat sebelum ini,” katanya.

Badhri berkata, kekuatan pasukan Kelantan adalah berpaksikan kepada keserasian mereka bertindak sebagai satu unit pasukan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena