Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 25, 2011

Azraai calon ganti Sathia (Harian Metro Online)

KETIKA kedudukan jurulatih Kelantan, B Sathianathan kini tidak menentu akibat digantung enam bulan, berkuat kuasa semalam oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), nama bekas jurulatih Harimau Muda A, Mohd Azraai Khor Abdullah secara tiba-tiba dikaitkan sebagai calon pengganti.

Meskipun nasib Sathianathan masih belum diputuskan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), namun besar kemungkinan pihak pengurusan skuad The Red Warriors itu akan mencari calon baru memandangkan tempoh separuh musim tanpa jurulatih di bangku simpanan ketika perlawanan adalah situasi yang sukar untuk diharungi.

Dan Azraai Khor yang memiliki reputasi cemerlang dengan membimbing Kedah melakar kejuaraan treble dalam dua musim berturut-turut pada 2006/07 dan 2007/08 kini dikhabarkan sebagai calon pilihan jika kerusi jurulatih skuad juara Piala Malaysia itu dikosongkan Kafa.

Bagaimanapun, Azraai Khor yang dihubungi Arena Metro menafikan sudah mendapat tawaran rasmi daripada pasukan itu memandangkan beliau masih mempunyai kontrak dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga Oktober tahun ini.

“Buat masa ini saya belum menerima sebarang tawaran rasmi daripada Kafa tapi saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. Jika benar apa yang diperkatakan saya bersedia tapi saya perlu menyelesaikan baki kontrak saya dengan FAM.

“Saya ada menerima tawaran daripada dua kelab dari Indonesia dan satu pasukan Liga Super tempatan tapi saya terpaksa tolak kerana masih terikat dengan FAM, jadi saya harap dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik secepat mungkin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...