Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 22, 2011

Awasi kelibat Bent - Mancini (Utusan Malaysia Online)




MANCHESTER - Roberto Mancini memberi amaran kepada pasukannya, Manchester City bahawa kehadiran Darren Bent (gambar) di Aston Villa mampu merangsang pasukan itu untuk bangkit setelah bergelut dengan prestasi tidak menentu.

City akan berkunjung ke Villa Park dengan Gerard Houllier yang diletakkan di bawah pemerhatian, selepas persembahan buruk pasukan itu yang kini berada dalam zon penyingkiran.

Bagaimanapun, Houllier masih mendapat kepercayaan apabila lembaga pengarah menyalurkan peruntukan 24 juta paun (RM117 juta) bagi membawa masuk penyerang England, Bent dari Sunderland, awal minggu ini.

Bent, yang menjaring gol kemenangan ketika membantu kelab lamanya menewaskan pasukan bimbingan Mancini pada awal musim, diharap mampu meledakkan jaringan apabila dia melakukan penampilan sulung di gelanggang sendiri.

Pengurus Manchester City, Mancini mengingatkan para pemainnya agar mengekalkan kedudukan mereka di kedudukan kelompok teratas liga bagi meningkatkan tekanan pasukan pesaing.

"Dia merupakan penyerang yang hebat. Dia menjaringkan banyak gol di England. Untuk kami ia sudah tentu amat sukar. Dengan Darren Bent, Villa pasti akan mempamerkan perubahan yang banyak.

"Kami dapat menyaksikan Bent merupakan pemain yang bagus. Dia telah menjaringkan satu gol dalam setiap dua perlawanan. Ia cukup bagus.

"Jika anda mahu membeli penyerang baru pada Januari ini anda perlu mengeluarkan wang yang banyak. Bent merupakan pemain yang penting kepada Sunderland, tetapi jika anda membuat tawaran yang lumayan, sudah tentu pasukan berkenaan akan menjualnya,'' katanya.

Bagi penyokong Aston Villa, musim ini amat memeritkan buat mereka.

Perancangan mereka untuk melancarkan kempen baru, musim ini menjadi kucar-kacir apabila Martin O'Neill meletakkan jawatan dan Houllier hanya menyertai kelab itu pada penghujung September, tahun lalu.

Mancini percaya pergolakan yang berlaku di Aston Villa telah menyebabkan musim ini menjadi bertambah buruk, tetapi dia yakin kehadiran bekas pengurus Liverpool, Houiller bakal mengubah nasib pasukan tersebut.

"Mereka telah menukar pengurus mereka. Apabila anda berbuat demikian sudah tentu ia menjadi bertambah sukar. Namun, Gerard Houllier mempunyai pengalaman untuk membawa pasukan itu bangkit kembali.

"Dia merupakan pengurus yang baik. Dia memiliki pengalaman yang luas. Villa sepatutnya berada di kedudukan yang lebih baik dalam carta. - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...