Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, January 1, 2011

Aset negara (Berita Harian Online)

Oleh Shamsudin Husin
bhsukan@bharian.com.my
2011/01/01

pix_gal0
Skuad Harimau Malaya disaran terus digilap, beri pendedahan antarabangsa

BARISAN juara Piala AFF Suzuki negara berpotensi untuk diketengahkan di peringkat lebih tinggi bagi memartabatkan semula imej bola sepak negara di masa akan datang.

Kejayaan skuad bimbingan jurulatih K Rajagobal menjuarai saingan rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama selepas 14 tahun, meletakkan mereka sebagai aset penting negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Begitupun, katanya, bakat sedia ada barisan pemain muda negara ini perlu terus digilap dan diberi pendedahan peringkat antarabangsa secara berterusan.

“Ini adalah langkah permulaan untuk kita mengorak langkah lebih jauh dalam arena bola sepak, khususnya di peringkat antarabangsa. Kemenangan ini (menjuarai Piala AFF) adalah pembakar semangat untuk kita lebih maju ke depan, khususnya di pentas antarabangsa,” katanya.

Malaysia muncul juara Piala AFF buat julung kalinya selepas menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat dalam perlawanan final timbal balas di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Sabtu lalu.

Kata Ahmad Shabery, tanpa semangat juang tinggi yang ditunjukkan ketika final kedua di Jakarta, sukar bagi skuad digelar Harimau Malaya itu untuk mencipta kejayaan, khususnya dalam situasi tertekan diasak penyokong Indonesia dari segenap penjuru di gelanggang lawan.
“Belum ada dalam sejarah bola sepak dunia, pemain dibawa masuk ke stadium menggunakan kereta perisai. Kereta perisai lazimnya digunakan tentera untuk berperang, bukan untuk bawa pemain bola sepak masuk stadium,” katanya pada Majlis Program Komuniti Sihat peringkat Parlimen Kemaman, di Kampung Gong Limau, Chukai, semalam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kemaman berkata, walaupun skuad negara tewas 1-2 pada final kedua itu, semangat juang tinggi yang pemain muda negara tunjukkan di sepanjang 90 minit perlawanan, melayakkan mereka untuk digelar wira negara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...