Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, January 11, 2011

Ahmad puas hati (Metro)

KETUA jurulatih Kedah, Ahmad Yusoff puas hati dengan prestasi anak buahnya ketika seri 1-1 dengan Perlis di Stadium Darulaman, Sabtu lalu, tapi mengakui masih banyak kelemahan perlu diatasi sebelum membuka tirai Liga Super, 29 Januari ini.

Menurutnya, perlawanan itu memberi peluang mengenal pasti kedudukan sesuai dan serasi setiap pemain dan kerana itu dia hanya menggunakan beberapa pemain utama pada separuh masa dan bakinya, selepas rehat.

“Secara individu, anak buah saya menunjukkan kemampuan tapi untuk bergerak sebagai satu pasukan mereka perlukan masa lagi dan kejayaan beberapa pemain muda mempamerkan permainan mantap turut mencerahkan peluang merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Saya sengaja menggunakan hanya beberapa pemain utama pada babak pertama untuk digandingkan dengan barisan pemain muda dan mereka berjaya mendahului 1-0, tapi kelonggaran dan hilang tumpuan selepas itu membolehkan lawan menyamakan kedudukan.

“Saya yakin ketika bertemu Kelantan pada 15 Januari ini, saya boleh kenal pasti kesebelasan utama,” katanya.

Katanya, Mohd Muhymeen Mohamed, anak bekas pemain pertahanan era 90-an berjaya membuktikan keupayaan dengan hanya melepaskan satu gol dalam lima perlawanan ujian sekali gus mencerahkan peluangnya memikul tugas sebagai penjaga gol utama pasukan.

“Saya berdoa tiga penjaga gol utama Mohd Helmi Elyas, Mohd Hadi Abd Hamid dan Mohd Al-Hafiz Hamzah sembuh daripada kecederaan mereka. dan dapat diturunkan ketika bertemu Kelantan.

“Penyerang, Azlan Ismail belum cergas sepenuhnya kerana menjalani pembedahan lutut kanan tiga bulan lalu. Penyerang kebangsaan, Khyril Muhymeen (gambar) pula masih cedera dan dia perlukan masa untuk pulih sepenuhnya,” kata Ahmad

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...