Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 10, 2010

Wan Jamak guna pemain muda (Harian Metro Online)

JURULATIH Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan terpaksa menggunakan pemain muda skuad Piala Presiden dalam rangka persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan berikutan ramai pemain utama skuad itu belum pulih daripada kecederaan.

Selain itu ada beberapa pemain terutama dari luar yang diambil bagi musim depan belum cergas sepenuhnya manakala ada juga yang terbabit dengan skuad kebangsaan menghadapi Piala Suzuki AFF.

“Latihan penuh mungkin hanya diadakan selepas 14 Disember ini apabila pengumuman senarai lengkap pemain diumum Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Bagaimanapun, latihan tetap dijalankan dengan tumpuan diberikan kepada usaha meningkatkan tahap kecergasan pemain bagi memastikan mereka berada pada tahap terbaik sebelum saingan bermula 15 Januari ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan mengadakan enam perlawanan persahabatan dan berharap persiapan itu berjalan lancar bagi membentuk pasukan mantap.

Pengendali berasal dari Johor itu berkata, pihaknya yakin sebaik semua pemain dapat dikumpul, kekuatan sebenar pasukan dapat dilihat walaupun persiapan latihan masih di peringkat fasa pertama.

“Saya harap setiap pemain berusaha mengembalikan tahap kecergasan untuk memastikan persiapan tidak terjejas.

“Yang penting misi kita adalah untuk mencapai kejayaan lebih baik musim depan,” katanya.

Selain mengekalkan pemain berpengalaman antaranya Shukor Adan (gambar) dan Idris Karim dan gandingan kembar, Aidil Zafuan serta Mohd Zaquan Adha Abd Radzak, Negeri Sembilan turut mendapat khidmat tujuh pemain luar iaitu bekas penyerang Kelantan, Hairuddin Omar, Mohd Farizal Marlias, Ahmad Aminuddin dan Ahmad Fakri Shaarani dari Perlis, Norhafiz Zamani Misbah dan Irwan Fadly Idrus dari KL Plus serta G Mahathevan dari PKNS Selangor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...