Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 10, 2010

Vietnam, Filipina ke separuh akhir Piala Suzuki AFF (Utusan Malaysia Online)

VIETNAM - Skuad kebangsaan Vietnam mengungguli Kumpulan B Kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 setelah menewaskan Singapura 1-0 dan pada perlawanan akhir peringkat kumpulan semalam sementara Filipina dan Myanmar sekadar seri tanpa jaringan.

In bermakna Vietnam akan bertemu naib juara Kumpulan A, Malaysia manakala Indonesia bakal menentang Filipina minggu hadapan.

Pada perlawanan separuh akhir pertama, Malaysia akan menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 15 Disember ini manakala Indonesia akan berkunjung ke Filipina untuk menentang pasukan tuan rumah.

Pada perlawanan yang berlangsung semalam, Vietnam memperoleh jaringan pada minit ke-32 melalui V. Nguyen yang bijak mengunakan peluang untuk membolos pertahanan Singapura pada perlawanan separuh masa pertama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...