Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 29, 2010

Usah peduli laser (Harian Metro Online)

PEMAIN Malaysia perlu bersedia dengan tindak balas penyokong fanatik Indonesia yang mungkin menyuluh pancaran laser ke arah mereka ketika beraksi di padang untuk mengganggu permainan.

Situasi itu tidak mustahil kerana ia sudah dilakukan penyokong Garuda itu ketika perlawanan pembukaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta yang berkesudahan skuad kebangsaan kecundang 5-1.

Namun rata-rata pemain kebangsaan, termasuk ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal tidak menyalahkan pancaran laser sebaliknya menerima kekalahan itu dengan hati terbuka.

Malah penjaga gol kebangsaan Mohd Sharbinee Allawee Ramli mengakui memang ada pancaran laser yang disuluh ke arahnya, namun dia tidak menjadikan ia sebagai alasan walaupun bolos lima gol pada perlawanan pembukaan Kumpulan A.

“Memang ada pancaran laser, kita tidak perlu memandang tepat ke arahnya kerana ia tidak mengganggu,” nasihatnya kepada rakan sepasukan yang lain terutamanya penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat yang bakal beraksi malam ini.

Tambahnya lagi, tiga gol Malaysia yang dijaringkan Malaysia pada perlawanan akhir pertama bukannya berpunca daripada bola mati seperti sepakan sudut dan percuma, sebaliknya gerakan lincah beberapa pemain kebangsaan.

“Adalah mustahil pancaran laser dapat ditujukan tepat ke arah pemain ketika mereka sedang bergerak,” katanya sambil menambah Indonesia mungkin sengaja memperbesarkan isu itu bagi menutup kelemahan mereka akibat kekalahan besar di Bukit Jalil, Ahad lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...