Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 5, 2010

'Usah pandang negatif jika kalah' (Kosmo Online)


MUSLIM (kiri) dilihat banyak melakukan kesilapan pada aksi menentang Indonesia kelmarin. Malaysia tewas 1-5.


KEKALAHAN 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta kelmarin merupakan kekalahan terbesar pernah dialami jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal sejak dilantik pada 20 April 2009.

Begitupun, pengendali berusia 54 tahun itu tidak mahu kekalahan tersebut dianggap sebagai gambaran sebenar keseluruhan skuad bola sepak kebangsaan ketika ini.

Katanya, ini kerana perkara seumpama itu boleh berlaku kepada mana-mana pasukan sekalipun.

"Real Madrid yang dibimbing Jose Mourinho dan dibarisi pemain-pemain bintang pun boleh tewas 0-5 kepada Barcelona. Korea Utara pun boleh tewas 0-7 kepada Portugal pada Piala Dunia 2010.

"Terbaru, Manchester United juga tewas 0-4 kepada West Ham United tetapi Alex Ferguson memberitahu, kekalahan itu berpunca daripada kesilapan yang dilakukan pemain pertahanan.

"Mereka tetap buat kesi- lapan yang tak sepatutnya biarpun mereka pemain berstatus profesional.

"Kita pula tewas 1-5 kepada Indonesia, bukan menerusi jaringan cantik atau kehebatan pihak lawan sebenarnya tetapi berpunca daripada kesilapan individu pemain kita sendiri.

"Hal ini memang boleh berlaku dan kita jangan terlalu negatif dengan kekala- han ini.

"Jangan terus membuat rumusan berdasarkan satu perlawanan ini saja," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta, Indonesia petang semalam.

Pada perlawanan di Stadium Gelora Bung Karno kelmarin, Norshahrul Idlan Talaha meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-18 tetapi dibalas Indone- sia menerusi jaringan sendiri Asraruddin Putra Omar (22), Christian Gonzales (33), Muhammad Ridwan (52), Arif Suyono (76) dan Irfan Bachdim (90).

Ternyata benteng pertahanan negara dibarisi Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Razman Roslan dan Asraruddin terlalu goyah selain melakukan kesilapan individu yang membantu Indonesia menambah gol.

Menjelang pertemuan kedua menentang Thailand petang esok, Rajagobal membayangkan beberapa pertukaran pemain dalam kesebelasan utamanya sambil menganggap Thailand belum beraksi pada tahap sebenar ketika seri 2-2 dengan Laos kelmarin.


SAFEE SALI (tengah) cuba melepasi kawalan para pemain Indonesia pada aksi sulung Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 di Jakarta kelmarin.


"Mungkin akan berlaku perubahan terutama di barisan pertahanan. Kelemahan di posisi itu nampak ketara tetapi saya mahu para pemain menguatkan semula mental mereka kerana kita masih ada peluang.

"Tiada cara lain, kena menang dengan Thailand (esok) dan Laos (Selasa). Situasi ini serupa ketika kita mahu melayakkan diri ke separuh akhir Sukan SEA 2009 di Laos apabila kita berjaya menewaskan Thailand 2-1," jelas Rajagobal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...