Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Twitter jadi laman perang siber (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Warga Indonesia yang berang membanjiri laman sosial Twitter dengan menuduh pasukan Malaysia menang secara tidak adil pada babak akhir pertama bola sepak Piala Suzuki AFF.

Sekurang-kurangnya empat daripada 10 perkataan dan ungkapan utama yang popular digunakan pada laman itu dikaitkan dengan kecaman terhadap Malaysia sejurus selepas tuan rumah menewaskan Indonesia 3-0 kelmarin.

Hampir sejam, malaysiacheatlaser menduduki No. 1 pada carta dunia Trending Topics Twitter.

Ungkapan lain digunakan ialah Use Laser, Curang dan Support Garuda yang merujuk kepada skuad Indonesia.

Ramai warga Malaysia pantas mempertahankan pasukan mereka berkata, tiada cahaya yang dipancarkan ke padang ketika 12 minit jaringan itu. - AP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...