Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 16, 2010

Tugas belum selesai - Rajagobal (Kosmo Online)

BIARPUN puas selepas skuad bimbingannya berjaya menewaskan Vietnam 2-0 malam tadi, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal belum mahu berasa selesa.

Pengendali berusia 54 tahun itu sedar tugas lebih berat menanti skuad kebangsaan apabila bertandang ke Stadium My Dinh, Hanoi untuk aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010, Sabtu ini.

"Saya mahu beri pujian penuh kepada para pemain atas kerja keras mereka serta komitmen yang dipamerkan sepanjang perlawanan ini.

“Saya sedari Vietnam mampu menjaringkan gol pada babak pertama, tetapi pemain kita telah bekerja keras untuk menghalang pergerakan mereka.

"Pada separuh masa kedua, kita tampil lebih agresif dan tempo permainan lebih pantas. Safee Sali menampilkan semula sentuhannya manakala Safiq Rahim memainkan peranan dengan baik sebagai kapten.

“Secara jujurnya, memang kita layak untuk menang perlawanan ini. Tapi kerja kita belum selesai lagi. Kita mempunyai satu lagi tugas yang cukup sukar di Hanoi," kata Rajagobal selepas perlawanan malam tadi.

Namun, Rajagobal menganggap inilah peluang terbaik untuk Malaysia layak ke final dan seterusnya mencipta sejarah menjuarai Piala Suzuki AFF buat kali pertama.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...