Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 10, 2010

Tuah Kelantan beraksi di Kota Bharu (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Skuad Piala Emas Raja-Raja Kelantan sudah pasti boleh tersenyum lega apabila jawatankuasa eksekutif Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) memilih Stadium Sultan Muhammed ke-IV, Kota Bharu sebagai gelanggang pertemuan akhir berdepan Kedah pada 11 Disember ini.

Antara sebab utama pemilihan Kelantan adalah kerana pada tahun lalu, Kedah telah mendapat kelebihan tersebut dengan pemilihan Stadium Darul Aman sebagai tuan rumah perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja ketika tewas 0-2 kepada Perlis.

Berita menggembirakan penyokong Kelantan itu diumumkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media di Wisma FAM, semalam.

''Sudah menjadi tradisi pada setiap perlawanan akhir Piala Emas Raja-Raja, salah satu pasukan yang berjaya akan menjadi tuan rumah.

''Pada tahun ini, semua ahli jawatankuasa PBSMM bersetuju memilih Kelantan menjadi tuan rumah,'' katanya.

Keputusan itu sudah pasti akan menyukarkan Kedah yang akan berdepan tugas berat untuk menjinakkan Kelantan bagi mempastikan kekecewaan pada musim lalu tidak akan berulang kembali.

Kedah mara ke perlawanan akhir sekali lagi pada musim ini selepas mengecewakan Johor melalui kiraan agregat 3-1 sementara Kelantan mudah mengetepikan Terengganu dengan kemenangan 4-0.

Mengenai jualan tiket, Takiyuddin memberitahu Kelantan selaku tuan rumah telah diberi hak untuk menetapkan harga tiket.

''Bagi tiket berbumbung, harganya RM15 sementara terbuka RM10 dan kanak-kanak RM5," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...