Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 30, 2010

Tuah jersi biru merai kemenangan (Sinar Harian Online)




TUAH jersi biru sekali lagi menghantui Sang Garuda apabila skuad Harimau Malaya melenyapkan sorakan gegak gempita penyokong tuan rumah di Stadium Gelora Bung Karno dengan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kali dalam sejarah kejohanan.

Tambah manis, skuad bimbingan K Rajagobal dinobatkan sebagai kuasa baru bola sepak Asean di hadapan puluhan ribu penyokong setia Indonesia yang kelihatan muram menyaksikan pasukan kesayangan mereka tewas 4-2 secara agregat dalam aksi final kedua, semalam.

Malaysia tumbang 1-5 di gelanggang yang sama sewaktu segak memakai jersi berwarna kuning hitam, namun kali ini jersi biru seakan memberi tuah buat skuad Harimau Malaya.

Untuk rekod, pasukan kebangsaan menyarung jersi biru sejak perlawanan menentang Thailand kecuali pada peringkat separuh akhir kedua ketika berkunjung ke Hanoi untuk bertemu pasukan Vietnam.

Kini, Malaysia dinobatkan sebagai jaguh bola sepak Asia Tenggara setelah 14 tahun menunggu untuk mengecap nikmat piala keagungan peringkat serantau yang membabitkan pasukan senior itu. Bravo Harimau Malaya!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena