Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 5, 2010

Terengganu ganding muka lama, baru hadapi musim baru Liga M (Utusan Malaysia Online)

KUALA TERENGGANU - Terengganu mengekalkan 14 pemain lama di samping mengambil sembilan pemain baru mengharungi kejohanan Liga Malaysia musim 2011.

Menerusi senarai nama pemain yang diumumkan di sini semalam, pemain yang dikekalkan ialah Mohd. Sarbinee Allawee, Mohd. Shamirza Yusoff, Marzuki Yusof, Ronny Harun, Mohd. Muhaimin Omar, Helmi Ramli, Mohd. Zharif Hasna, Joseph Kalang Tie, Mohd. Ashaari Shamsuddin, Abdul Manaf Mamat, Wan Mohd. Aliff Wan Jasmi, Mohd. Hasan Basri, Nordin Alias dan Zubir Azmi.

Sementara pemain baru ialah Ahmad Shahril Zakaria, Abdul Hadi Yahaya, Ismail Faruqi daripada pasukan T-Team, Nik Zul Aziz Nawawi, Hasmizan Kamaruddin (Pahang), Mazlizam Mohamad (Perlis), Reeshafiq Alwi (KL Plus), Safuan Adli Shaari (Perak) dan Mohd. Ailim Kamaruddin (Kelantan).

"Seramai 14 pemain musim lalu masih dikekalkan untuk musim baru akan datang setelah masing-masing memperlihatkan mutu dan prestasi permainan yang memuaskan," kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Sheikh Tajudin Sheikh Yusof.

"Kita yakin gabungan pemain-pemain lama dan baru ini akan menjadikan pasukan Terengganu lebih kemas dan mantap dalam menghadapi kejohanan musim depan," katanya yang juga penolong pengurus pasukan Terengganu.

Beliau berkata, kesemua pemain sedang giat menjalani latihan di bawah jurulatih Irfan Bakti sejak 20 November lalu.

Sheikh Tajudin berkata, pasukannya telah mengatur beberapa perlawanan ujian dengan beberapa buah pasukan lain bulan ini seperti Pos Malaysia, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Felda United. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...