Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 14, 2010

Teka-teki Rajagobal (Harian Metro Online)

BELIAU enggan bercakap soal rombakan tetapi ketua jurulatih skuad kebangsaan, K Rajagobal mengakui belum menentukan siapakah pemain yang bakal diturunkan pada perlawanan separuh akhir pertama kejohanan Piala Suzuki AFF menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu ini.

Tiga pemain tonggak yang cedera sebelum ini, Mohd Safee Sali, Mohamad Fadhli Mohd Shas dan Mohd Asraruddin Putra Omar mengaku sudah boleh beraksi tapi pengendali itu sendiri tidak berani menjamin tempat mereka di dalam kesebelasan utama ketika bertemu Vietnam nanti.

“Mereka kata sudah sembuh tapi saya masih ada dua hari lagi untuk melakukan persiapan sebelum kita bertemu Vietnam. Saya tengok dulu keadaan mereka sepanjang tempoh latihan dan barulah boleh membuat keputusan,” kata Rajagobal.

Safee dan Fadhli langsung tidak disenaraikan ketika perlawanan terakhir Malaysia menentang Laos di Stadium Jaka Baring, Palembang, 7 Disember lalu manakala Asraruddin pula diletakkan sebagai pemain simpanan pada perlawanan yang menyaksikan Malaysia menang 5-1 itu.

Ramai berpendapat Rajagobal perlu mengekalkan kesebelasan pemain ypada perlawanan terakhir peringkat kumpulan itu kerana ia kelihatan lebih mantap berbanding aksi pada dua perlawanan sebelumnya tapi beliau tidak mahu melatah dan mahu mengambil sikap tunggu dan lihat.

Rombakan besar-besaran bukanlah agenda utama yang mahu dilakukan Rajagobal ketika ini tambahan pula beliau hanya mempunyai baki 22 pemain daripada senarai 30 pemain asal yang dinamakan untuk beraksi di kejohanan dwi-tahunan itu.

“Buat masa sekarang, saya masih lagi memikirkan siapakah yang bakal diturunkan. Saya hanya boleh membuat pemilihan daripada 22 pemain yang kita ada. Apa yang penting sekarang ialah semua pemain perlu menunjukkan kesungguhan setiap kali sesi latihan kerana kita adalah tuan rumah.

“Kalau bercakap soal tekanan, saya rasa kita tidak sepatutnya berasa tertekan sebaliknya Vietnam selakulebih sepatutnya merasai perkara itu kerana mereka adalah juara bertahan mesti mahu lekakukan yang terbaik. “Bagi saya, Vietnam adalah pasukan hebat dan mempunyai pemain yang konsisten setiap posisi. Itulah kekuatan mereka.

“Pemain kita cuma perlu beraksi seperti biasa dan tidak boleh gentar dengan reputasi lawan. Mereka perlu mengambil kesempatan di atas setiap kesilapan lawan. Di samping itu, kita juga perlu mengelak melakukan kesilapan sebelum ini,” katanya.

Sepanjang lapan edisi Piala Suzuki AFF (dulunya di kenali sebagai Piala Tiger), Malaysia bertemu dengan Vietnam sebanyak lima kali dan skuad negara hanya menang sekali iaitu pada penentuan tempat ketiga dan keempat edisi 2000 di Thailand.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...