Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 10, 2010

Takiyuddin jelas isu kontrak pemain (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan semalam mengingatkan semua pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia agar memahami syarat dan peraturan kontrak dalam pasukan lama sebelum membuat keputusan beralih ke pasukan baru.

Berdasarkan penerangannya, beliau memperjelaskan terdapat peruntukan di bawah kontrak yang memberi pilihan kepada pemain untuk melanjutkan tempoh perjanjian.

''Pemain yang kontraknya akan tamat pada penghujung tahun, perlu diberikan notis oleh setiap majikan masing-masing sekiranya mereka masih berminat menggunakan khidmat pemain tersebut sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kontrak tamat.

''Kemudian, pemain diberikan masa selama 14 hari untuk memberikan jawapan sama ada mahu menerima atau menolak tawaran kontrak berkenaan.

''Namun, sekiranya pemain itu tidak menjawab, berdasarkan peraturan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), mereka dianggap bersetuju bermain dengan pasukan itu pada musim akan datang,'' katanya pada sidang media Piala Puncak Emas Raja-Raja di Wisma FAM, semalam.

Menurut Takiyuddin lagi, sekiranya pemain berkenaan mengambil keputusan mewakili pasukan baru tanpa memberikan sebarang jawapan terhadap surat tawaran majikan lamanya, pemain itu berhadapan masalah besar jika sebarang aduan dikemukakan secara rasmi oleh pasukan lama.

''Pemain berkenaan berisiko digantung selama satu musim jika Jawatankuasa Status yang bersidang mendapati bersalah.

''Namun bagi persatuan bola sepak yang dikatakan mencuri pemain daripada pasukan lain melalui cara yang saya sebutkan tadi, FAM masih belum ada peraturan khusus untuk mendenda mereka,'' jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...