Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, December 17, 2010

'Tak rela putih mata' (Harian Metro Online)

SELEPAS gagal merealisasi misi skuad Penyu mendakap salah satu piala musim ini, kapten Terengganu, Marzuki Yusof, tidak rela berputih mata lagi pada saingan Liga M musim depan sebaliknya bertekad merampas semula Piala Malaysia yang kali terakhir dimenangi sembilan tahun lalu.

Kata pemain berusia 29 tahun itu, kegagalan mendakap sebarang piala musim ini memeritkan kerana sudah lama mereka tidak mengucup Piala Malaysia yang menjadi rebutan semua pasukan.

“Kerja keras kami musim lalu gagal membuahkan hasil. Saya harap 2011 membawa tuah dan kami berjaya muncul juara liga dan Piala Malaysia,” kata pemain pertahanan tinggi lampai itu.

Pada saingan Liga Super musim ini, skuad dibimbing Irfan Bakti Abu Salim, hanya berjaya menduduki tangga ketiga Liga Super dan melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia serta separuh akhir Piala FA.

Menurutnya, dengan barisan pemain dianggap terbaik, termasuk sembilan muka baru dan muka lama yang dikekalkan, Terengganu dilihat mampu menjadi pencabar utama saingan musim depan.

“Gandingan penyerang Abd Manaf Mamat dan Mohd Ashaari Shamsuddin serta bekas penyerang T-Team, Abd Hadi Yahya, bakal menjadi senjata utama merobek kubu lawan.

“Selain itu, kehadiran semula bekas arkitek KL Plus, Resyafiq Alwi yang pernah dipinjam Terengganu pada kempen Liga Malaysia yang digandingkan dengan pemain berasal dari Bumi Kenyalang, Joseps Kallang Tie, diharap membantu memantapkan jentera tengah selain ketenangan penjaga gol kebangsaan, Mohd Sharbinee Alawi, mengawal gawang.“Saya yakin sekiranya rakan sepasukan bermain mengikuti arahan jurulatih, tidak mustahil Terengganu mendakap Piala Malaysia musim depan,” katanya

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...