Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 25, 2010

Siaran langsung final Piala Suzuki AFF (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini Ahad ini.

RTM akan menyiarkan siaran langsung perlawanan itu sama ada menerusi saluran TV1 atau TV2 yang terletak di bawah stesen tersebut.

Menurut Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, siaran Justify Fulllangsung itu diadakan berdasarkan permintaan ramai peminat bola sepak tanah air biarpun ia turut disiarkan melalui sebuah stesen TV berbayar.

"Ya, perlawanan akhir itu akan disiarkan secara langsung di RTM. Kita tahu ia mendapat perhatian umum dan bukan perlawanan biasa," katanya pada sidang akhbar di Istana Budaya (IB), di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas perkara itu di majlis mengumumkan Program IB 2011 yang mana ramai peminat bola sepak kecewa apabila RTM lewat menyiarkan 30 minit perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Vietnam Sabtu lalu.

Semalam Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, Mohd. Razlan Muhammad Rafli meminta RTM menyiarkan siaran langsung penuh perlawanan akhir itu kelak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...