Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 18, 2010

Serang, serang, serang: Calisto (Berita Harian Online)

Oleh Syed Riduan Ahmad

2010/12/18

PEMAIN Malaysia menjalani latihan penyesuaian dengan keadaan padang di Stadium My Dinh, Hanoi malam tadi.
PEMAIN Malaysia menjalani latihan penyesuaian dengan keadaan padang di Stadium My Dinh, Hanoi malam tadi.

Jurulatih Vietnam dakwa pancaran laser antara sebab anak buahnya kalah

TANPA berselindung, pengendali Vietnam mendedahkan strategi permainannya pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini adalah melakukan asakan demi asakan bagi mencari sekurang-kurangnya tiga gol untuk merealisasikan tempat ke final Piala Suzuki AFF kali ini.

“Saya mengarahkan pemain untuk menyerang, menyerang dan menyerang,” kata Calisto pada sidang akhbar sebelum perlawanan, semalam. “Tetapi ia akan mendedahkan kami kepada serangan balas Malaysia dan saya harap benteng pertahanan turut bersedia.

“Kami sudah mengenal pasti pemain nombor 9 (Norshahrul Idlan Talaha) dan 10 (Mohd Safee Sali) Malaysia sebagai ancaman utama kubu Vietnam, dan kali ini kami akan pastikan lebih tumpuan diberikan kepada gandingan penyerang Malaysia ini.”

Bagaimanapun, ada nada kurang menyenangkan disuarakan pengendali kelahiran Portugal itu apabila menuduh skuad kebangsaan mendapat kemenangan tidak adil ketika aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, selepas timbul dakwaan pemain Vietnam diganggu dengan pancaran laser dari tempat duduk penonton.

“Saya terima kekalahan itu, tetapi gangguan sebegitu (laser) bukan cara adil untuk memenangi perlawanan,” kata Calisto. Dakwaan berhubung sinaran laser berwarna hijau ditimbulkan media Vietnam selepas kekalahan 0-2 di Kuala Lumpur, Rabu lalu.

Laman web Tin The Taho dalam laporannya kelmarin mendakwa, sinaran laser berwarna hijau ditujukan kepada penjaga gol Vietnam, Bui Tan Truong sepanjang babak kedua permainan sehingga membawa kepada dua gol jaringan Safee.

Walaupun Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) melaporkan insiden berkenaan kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Calisto tidak mengharapkan perubahan kepada keputusan perlawanan separuh akhir pertama itu.

“Kami sudah ketinggalan dua gol, untuk menang kami perlu menjaringkan tiga gol. Jika Malaysia meledak satu gol di sini, kami perlu membalasnya dengan empat gol. Itu bukan perkara mudah, jadi kami perlu bermain seimbang di barisan pertahanan dan serangan,” kata Calisto

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...