Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

'Saya kerah pemain supaya lebih agresif' (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Perubahan corak permainan pada pertengahan separuh masa kedua adalah disebabkan kata-kata nasihat K. Rajagobal, yang memaksa pemain agar lebih agresif dan hasilnya mereka berjaya meraih kemenangan 3-0 ke atas Indonesia.

Rajagobal berkata, kemenangan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 dengan jaringan tersebut memang tidak dijangka, tetapi mungkin pesanan yang disampaikan kepada pemain selepas rehat separuh masa pertama menjadi penyebabnya.

"Saya hanya berpesan kepada pemain supaya mereka lebih agresif pada separuh masa kedua selepas kami terikat tanpa jaringan di separuh masa pertama, dalam pada itu saya berkata kepada mereka inilah saat terbaik untuk menang," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan tamat, semalam.

Jelasnya, pemain mengikuti segala arahan yang disampaikan dengan baik seterusnya membolehkan mereka berjaya menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua tatkala Indonesia seakan terkejut dengan persembahan pemain Malaysia.

"Saya bangga dengan dengan aksi pemain, terutama sekali pemain muda yang berjaya mengikuti segala arahan yang diberi, tetapi saya nasihatkan kepada mereka perjuangan masih belum selesai kerana kita mempunyai 90 minit lagi di Jakarta.

"Saya juga ingin memuji permainan Norshahrul Idlan Talaha yang boleh disifatkan sebagai pemain terbaik selepas dua gol yang dihasilkan adalah hasil dari gerakan yang dilakukannya, Safee Sali juga bermain dengan baik selepas menjaringkan dua gol," katanya.

Ditanya adakah dia akan mempamerkan corak bertahan pada perlawanan akhir kedua di Jakarta Rabu ini, Rajagobal mengakui mereka tidak akan bermain dengan corak sedemikian, sebaliknya ingin beraksi seperti biasa.

"Kita boleh melihat permainan ini seperti mana kita tewas 1-5 kepada Indonesia, iaitu sesiapa sahaja boleh mencatat kemenangan di tempat sendiri dan ini yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya.

Selain Safee dan Norshahrul, Rajagobal merasakan kemenangan yang dicatatkan adalah hasil kerja keras semua pemain, jelasnya, Malaysia bermain dengan semangat berpasukan yang tinggi untuk menghasilkan tiga gol.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...