Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Monday, December 27, 2010

Safee Sali Calon Penjaring terbanyak (Metro)

PENYERANG kebangsaan, Mohd Safee Sali kini boleh berkira-kira untuk dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF pada tahun ini selepas menjaringkan dua lagi gol pada perlawanan akhir pertama semalam.

Dua jaringannya itu membolehkan dia mengumpul empat gol keseluruhan mengatasi ayam tambatan Indonesia, Cristian Gonzales yang gagal menembusi gawang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sekali gus kekal dengan tiga gol setakat ini.


Namun bukan itu yang menjadi buruannya sebaliknya Piala Suzuki AFF yang pertama untuk negara sejak ia mula di pertandingkan pada 1996.

“Saya secara peribadi tidak mensasarkan gelaran penjaring terbanyak sebaliknya kejayaan pasukan adalah lebih penting,” katanya yang membuka jaringan Malaysia m-62 dan menoktahkan malam gemilang bola sepak negara dengan jaringan ketiga m-72.


Pemain berusia 26 tahun itu juga tidak menyembunyikan hasrat untuk beraksi di Liga Indonesia beradasarkan persembahannya di kejohanan bola sepak terbesar di Asia Tenggara selepas ini.


“Kemenangan ini sudah pasti memberikan kami keyakinan kerana ia bekalan yang amat selesa apabila sekali lagi bertarung di Jakarta pada Rabu ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...