Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 14, 2010

RM15,000 ganjaran untuk Kelantan (Berita Harian Online)

Oleh Mohd Fakri Awang Lah
bhsukan@bharian.com.my
2010/12/13

PENGURUS pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan, Nudin Awang, berjanji memberi bonus peribadi kepada pemain dan pegawainya yang bertungkus-lumus memastikan kejuaraan buat kali ke-13 pasukan itu.

Nudin berkata, dia memperuntukkan RM15,000 sebagai ganjaran kepada pasukan itu, selain akan membawa mereka menunaikan umrah Mac tahun depan.
“Saya memberi bonus peribadi sebanyak RM15,000 merangkumi pegawai dan pemain pada malam ini juga (kelmarin), selain hadiah pertandingan RM30,000, selain ganjaran yang dijanjikan kerajaan negeri,” katanya sejurus tamat perlawanan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, kelmarin.

Kelantan menumpaskan Kedah 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan gagal menemui sasaran sepanjang 120 minit permainan.

Katanya, kemenangan berterusan Kelantan dalam beberapa pertandingan termasuk Piala Malaysia sebelum ini membuktikan pasukan itu semakin meningkat dan menjadi bualan peminat.

“Saya gembira kerana kami dapat merampas kembali trofi ini selepas terlepas kepada Perlis musim lalu,” katanya sambil menambah, beberapa pemain skuad itu termasuk penyerang Mohd Ramzul Zahini Adenan, penjaga gol Mohd Shahrizan Ismail dan Mohamad Aris Zaidi mungkin diserapkan dalam skuad Liga Super negeri itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...