Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Sunday, December 5, 2010

Red Warriors dapat habuan RM200,000 (Utusan Malaysia Online)


PEMAIN Kelantan meraikan kemenangan pasukan mereka sewaktu mengalahkan Pasukan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Oktober lalu.


KOTA BHARU - Pasukan The Red Warriors yang membawa pulang Piala Malaysia buat pertama kali ke bumi Cik Siti Wan Kembang, menerima habuan sebanyak RM200,000 daripada kerajaan negeri Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood berkata, mesyuarat mingguan exco semalam, memutuskan untuk memberi insentif itu sebagai menghargai jasa pasukan itu mengharumkan nama negeri ini.

"Kaedah pembahagian kepada pemain kita serahkan sepenuhnya kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan kita minta mereka tetapkan tarikh untuk majlis penyampaian dan jamuan keraian di Kota Darulnaim," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah imbuhan tersebut tidak jauh beza dengan nilai hadiah pakej umrah hasil layak ke perlawanan akhir pada 2009.

Katanya, selain imbuhan RM200,000 itu, kerajaan negeri juga bersetuju melupuskan cukai hiburan tertunggak sebanyak RM120,794.16 yang sepatutnya dibayar oleh KAFA bagi kutipan tiket untuk 13 perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV antara 20 April sehingga 23 September lalu.

"Pelupusan cukai itu juga kita kira sebagai sumbangan kerajaan negeri kepada KAFA atas kejayaan memenangi Piala Malaysia.

"Sebelum ini, pada awal tahun kita juga pernah melupuskan cukai hiburan sebanyak RM257,546.95 menjadikan jumlah kesemua cukai hiburan yang dilupuskan sebanyak RM378,341.11," katanya.

Abdul Fattah berkata, pemberian imbuhan dan pelupusan cukai tertunggak itu adalah isyarat jelas kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama sebaik mungkin demi pembangunan bola sepak di negeri ini.

Dalam pada itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa dalam ulasannya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mengucapkan terima kasih atas keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri, jawatankuasa pengurusan KAFA akan membuat susulan mengenai pembahagian dan pembayaran kepada pemain," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...