Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 29, 2010

Rakyat impi julang Piala Suzuki AFF (Berita Harian Online)

2010/12/29

SYABAS kepada pasukan bola sepak negara kerana menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Setiap pemain wajar diberi pujian atas peranan masing-masing dalam perlawanan itu. Pengendali skuad negara, K Rajagobal antara jurulatih kebangsaan terbaik setakat ini berdasarkan ‘kelompok pemain’ yang ada.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal harus dipuji kerana peranannya mewujudkan hubungan ‘kemanusiaan’ di antara pemain dan pihak pengurusan.
Pasukan negara jelas banyak bertahan di separuh masa pertama seperti kata Rajagobal selepas perlawanan.

Pemain Norshahrul Idlan Talaha sesungguhnya menjadi perintis kemenangan pasukan negara malam itu. Gelagat bijaknya memperdayakan lawan di garisan gol dan membuka peluang bagi penyerang Mohd Safee Sali membuat jaringan pertama memang klasik.

Kebijaksanaan yang hampir sama dilakukan Norshahrul bagi membolehkan Mohamad Ashari Samsudin menjaringkan gol kedua. Gol ketiga oleh Safee jelas satu gaya jaringan ‘favourite’ yang biasa dilakukan oleh pemain berkenaan.

Bekalan tiga gol ke Jakarta memang mencukupi namun tidak bermakna barisan Rajagobal boleh duduk selesa tanpa menggandakan usaha mempertahankannya.
Wajar dijangkakan bahawa pasukan Indonesia akan bermati-matian dalam perlawanan kedua di Stadium Gelora Bung Karno nanti dan mereka akan lebih banyak terdedah kepada tekanan sekiranya perancangan yang dibuat tidak menjadi.

Pasukan negara pula berada di kedudukan sebaliknya, namun perlu meningkatkan ketenangan dan menyerlahkan lebih banyak kebijaksanaan di atas padang. Mendapatkan `gol berharga’ di tempat lawan perlu diberi fokus kerana ia akan menjadi ‘killer’ kepada pasukan Indonesia.

Kepergian pasukan Malaysia ke Jakarta untuk perlawanan kedua bukan saja diiringi lagu perjuangan keramat Perajurit Malaysia tapi doa jutaan rakyat negara ini untuk membawa pulang Piala Suzuki AFF ke Malaysia.

MYLE2838,
Kota Kinabalu, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...