Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, December 30, 2010

PM, TPM puji skuad bola negara (Berita Harian Online)

Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Zanariah Abd Mutalib
bhnews@bharian.com.my
2010/12/30

Kejayaan julang Piala Suzuki AFF mampu kembalikan kegemilangan Malaysia

KUALA LUMPUR: "Saya berasa begitu gembira dan bangga atas kejayaan yang diraih oleh pasukan muda Malaysia.

“Syabas kepada juara Piala Suzuki 2010!,” katanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melalui twitter sejurus pasukan Malaysia meraikan kemenangan bersejarah di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, Indonesia, malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pula berkata kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 selepas menewaskan Indonesia membuktikan tidak ada yang mustahil untuk dicapai negara sekiranya benar-benar mengidamkan kemenangan itu.

Beliau percaya kejayaan itu akan menjadi pemangkin untuk skuad negara merekodkan lebih banyak kejayaan pada masa depan sekali gus menjadikan mutu bola sepak Malaysia kembali dihormati bukan saja di Asia Tenggara malah di seluruh dunia.

Sambil merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah, jurulatih kebangsaan, K Rajagobal, pemain dan pegawai pasukan, Muhyiddin turut yakin kemenangan itu tidak akan melekakan skuad kebangsaan menghadapi persaingan lebih sengit pada masa depan.

“Saya ingin menggesa pemain untuk terus mengekalkan prestasi sekali gus meningkatkan kecemerlangan dicapai agar Malaysia terus gah di persada antarabangsa.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada penyokong yang memberi galakan serta dorongan yang tidak berbelah-bahagi terhadap skuad kebangsaan.

“Aspirasi inilah yang diperlukan untuk terus membakar semangat wira-wira bola sepak kita bagi mengecapi kemenangan seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, pencapaian Malaysia sebagai negara keempat menjuarai Piala Suzuki AFF selepas Thailand, Singapura dan Vietnam menjadi lebih manis selepas menunggu selama 14 tahun sejak piala diperkenalkan pada 1996.

“Tentunya pelbagai perasaan melanda setiap rakyat Malaysia – megah, terharu dan paling utama semua merasa bersyukur kerana kejayaan ini memperlihatkan kesungguhan mereka yang terbabit terutamanya pemain dan jurulatih, Rajagobal berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan kejuaraan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena