Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 18, 2010

Pertahanan kita kebal - Wan Jamak (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Malaysia mampu memperoleh kemenangan menentang Vietnam dengan bersandarkan kekebalan bahagian pertahanan skuad kebangsaan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Hanoi, hari ini.

Itu keyakinan yang diluahkan oleh bekas jurulatih skuad bola sepak negara, Wan Jamak Wan Hassan terhadap penilaian yang dibuatnya berdasarkan perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Katanya, bahagian pertahanan skuad bimbingan, K. Rajagobal itu berfungsi amat baik pada perlawanan timbal balik pertama yang menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh kemenangan 2-1 menewaskan Vietnam.

Malah, Wan Jamak juga memuji kehebatan barisan pemain pertahanan yang dikemudi oleh Mahalli Jasuli, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd. Shas dan Mohd. Asraruddin Putra Omar.

''Perjuangan skuad kebangsaan masih belum berakhir dan pemain belum boleh untuk berpuas hati dengan apa yang di perolehi pada perlawanan di sini.

''Saya lihat barisan pemain pertahanan kita semakin matang dan saya yakin seandainya mereka dapat mengekalkan prestasi baik pada perlawanan separuh akhir kedua, kemenangan mampu diperolehi.

''Bagaimanapun, apa jua keputusan boleh terjadi sepanjang tempoh perlawanan 90 minit dan kita hanya mampu doakan yang terbaik buat skuad kebangsaan,'' kata Wan Jamak ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena