Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 25, 2010

Pertahanan Indonesia rapuh (Utusan Malaysia Online)

KUALA LUMPUR - Penyerang kebangsaan, Safee Sali semalam mendedahkan, benteng pertahanan merupakan kelemahan terbesar Indonesia dan ia tidak sehebat jentera serangan mereka.

Safee, 26, menegaskan, selepas gagal meledakkan gol ketika kita kalah 1-5 kepada skuad Merah Putih itu pada saingan peringkat kumpulan, dia begitu bersemangat untuk membocori gawang mereka dan membuktikan ia tidak kebal apabila kedua-dua pasukan berentap dalam dua perlawanan final timbal balik 26 dan 29 Disember ini.

"Inilah peluang terbaik untuk kita membalas dendam. Kekalahan 1-5 sudah banyak mengajar pemain dan kali ini kami bertekad untuk bangkit membenam Indonesia, seterusnya menjulang Piala Suzuki AFF 2010," katanya.

Jelasnya, kesemua pemain sudah sedar akan situasi sekarang dan tekad tidak mengulangi kesilapan lalu, malah menegaskan semangat untuk menewaskan Indonesia begitu berkobar-berkobar.

"Saya sedar ramai yang meletakkan harapan tinggi kepada saya tetapi saya mahu menyahut cabaran ini dengan menjaringkan gol, saya langsung tidak rasa tertekan dan rakan segandingan Norshahrul Idlan Talaha sudah pasti akan memainkan peranannya dengan baik.

"Jika banyak bantuan diberikan kepada saya, sudah pasti peluang untuk menjaringkan gol sangat terbuka, saya juga mengharapkan ketua pasukan, Safiq Rahim juga mampu merencanakan serangan dengan baik," kata penyerang Selangor itu.

Safee berkata, tidak ada sebarang kelemahan yang ketara di dalam pasukan Malaysia sekarang ini kecuali ketika mengambil sepakan percuma dan sudut, di mana tidak ada pemain yang mampu menyudahkannya melalui tandukan tajam.

"Kekuragan kita setakat ini adalah pada situasi bola mati, jika kita mempunyai pemain yang boleh menyambut sepakan percuma dan sudut dengan baik melalui tandukan sudah pasti pasukan ini serba lengkap.

"Oleh itu saya dan rakan-rakan sedang berusaha untuk memantapkan lagi strategi sepakan percuma dan sudut, malah salah satu cara yang digunakan sekarang ini ialah melalui sepakan pendek," katanya.

Tambahnya, bekalan selesa juga perlu dibawa ke Indonesia sama seperti yang mereka lakukan ketika menentang Vietnam di separuh akhir.

Justeru, misi utama dia dan rakan-rakan adalah mencari sebanyak mungkin gol daripada pertama pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini.

Safee setakat ini menjaringkan dua gol dan kedua-duanya disumbangkan pada perlawanan separuh akhir kedua menentang Vietnam.

Dia berpeluang untuk mencatatkan nama sebagai penjaring terbanyak dalam kejohanan ini jika meledakkan gol pada saingan akhir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...