Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Tuesday, December 28, 2010

Penyokong Indonesia lepas geram (Harian Metro Online)

PENYOKONG Indonesia yang berang dengan kekalahan 3-0, kelmarin, membanjiri laman Twitter dengan mengeluarkan tuduhan liar Malaysia memenangi perlawanan secara tidak adil menggunakan cahaya laser untuk mengaburi pemain Indonesia.

Sekurang-kurangnya empat daripada 10 perkataan digunakan secara meluas di laman rangkaian sosial itu dengan tujuan melepaskan perasaan tidak puas hati terhadap Malaysia, selepas menang di laman sendiri menundukkan Indonesia 3-0 dalam final pertama Piala AFF, kelmarin.

Hanya dalam tempoh sejam, ‘malaysiacheatlaser’ tersenarai di ranking nombor satu dalam carta topik terbanyak diperkatakan secara global di Twitter. Antara lain adalah ‘Use Laser’, ‘Curang’ yang membawa maksud menipu dan ‘Support Garuda’ yang ditujukan kepada skuad Indonesia.

Perlawanan terpaksa ditangguhkan lima minit selepas babak pertama apabila penjaga gol Indonesia serta seorang lagi pemain mendakwa cahaya hijau terang dipercayai berpunca dari pena laser dihalakan tepat ke arah mereka oleh salah seorang dari 85,000 penyokong yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pegawai perlawanan kemudian mengeluarkan arahan kepada penyokong untuk segera berhenti menggunakan laser. Namun, semua ledakan gol dijaringkan Malaysia hanya dilakukan selepas perlawanan dimulakan semula iaitu antara minit ke-61 dan ke-73.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...