Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Saturday, December 25, 2010

Peminat serbu stadium, tiket berharga RM50 habis dijual (Utusan Malaysia Online)

23/12/2010 6:37pm

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Kira-kira 3,000 tiket berharga RM50 untuk perlawanan akhir pertama Piala AFF-Suzuki 2010 di sini Ahad ini habis dijual pagi tadi ekoran para penyokong Malaysia dan Indonesia menyerbu Stadium Nasional Bukit Jalil seawal 9 pagi.

Kaunter tiket dibuka pada pukul 10 pagi.

Ekoran itu para peminat yang mahu mendapatkan tiket berharga RM50 pulang hampa apabila tiket sudah kehabisan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 70,000 keping tiket berharga RM30 dan 2,500 tiket berharga RM50 untuk penyokong Malaysia yang mula dijual di Stadium Nasional pagi ini.

Sejumlah 15,000 tiket lagi berharga RM30 dan 500 tiket berharga RM50 diperuntukkan pula kepada penyokong Indonesia yang bekerja di negara ini.

Tiket-tiket turut dijual di kaunter khas yang dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Jalan Tun Razak di sini. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...