Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Wednesday, December 29, 2010

Pemain mampu serap tekanan - Subahan (Utusan Malaysia Online)


Sekumpulan penyokong Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan hotel penginapan pasukan Malaysia di Jakarta, semalam. Malaysia akan melengkapkan perlawanan akhir kedua hari ini berbekalkan kemenangan 3-0.


JAKARTA - Pengurus pasukan bola sepak negara, Datuk Subahan Kamal percaya kekuatan mental para pemain muda Malaysia akan mengecewakan hasrat Indonesia untuk meraih kejuaraan Piala Suzuki AFF 2010 kali pertama.

Menurut Subahan, generasi pemain muda yang ada dalam skuad hari ini mempunyai semangat juang tinggi dan tidak pernah mempunyai sikap untuk cepat berputus asa.

Atas dasar itu, Subahan yakin pemainnya mampu menangani tekanan ketika bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno pada malam ini malah membuat kejutan sekali lagi ke atas Indonesia.

''Mereka pernah buktikan di Sukan SEA Laos tahun lalu, pada mulanya kami tewas pada perlawanan awal 1-3 kepada Vietnam namun pemain ternyata mempunyai kekuatan psikologi kerana mampu bangkit mara ke perlawanan akhir sebelum bertemu lawan yang sama sebelum menang ke atas mereka.

''Sejarah berulang kembali pada hari ini, kami tewas besar dalam perlawanan pertama ke atas Indonesia dengan keputusan besar 1-5 tetapi semangat mereka cepat pulih dan kita kini bertemu lawan yang sama di peringkat akhir.

''Bagi, saya karakter pemain muda yang ada di dalam skuad ini cukup luar biasa dan saya amat yakin kami akan meraih sekali lagi kemenangan dengan keputusan 2-0 walaupun bermain di gelanggang keramat Indonesia," katanya yang ditemui selepas mesyuarat antara pengurus pasukan perlawanan akhir kedua di Hotel Sultan, semalam.

Nada Subahan juga begitu optimis apabila ditanya apakah Malaysia mampu mempertahankan kelebihan 3-0 ketika seluruh masyarakat serta media melakukan usaha provokasi termasuk penggunaan laser untuk melemahkan semangat dan moral pemain Malaysia.

''Kami sudah menjangkakan segala perkara ini akan berlaku kerana apabila bertandang ke sini, tetapi pemain saya telah bersedia segala kemungkinan, fokus kami hanya kepada 90 minit permainan.

''Hanya satu kami fikirkan, iaitu mahu membawa pulang kejuaraan Piala Suzuki AFF ke bumi Malaysia," katanya.

Dalam masa sama, Subahan yang juga Naib Presiden FAM, kekalahan pertama kepada Indonesia sebenarnya memberi banyak hikmah kepada para pemain.

''Selepas kami tewas, saya ada berjumpa dengan semua pemain pada keesokan paginya dan berpesan satu perkara sahaja iaitu saya mahukan kejuaraan AFF dan berazam berjumpa Indonesia pada perlawanan akhir.

''Mereka telah menampilkan perubahan mendadak dari satu ke satu perlawanan dan kini impian berdepan Indonesia tercapai malah kita berjaya membalas dendam dengan kemenangan 3-0 di Kuala Lumpur," jelasnya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...